Like A Dream
Princess Dimples♥

Diary Biodata

Every heart has a pain. Only the way of expressing it's different.

Mood : In love with Muhammad Ezzat Ezman bin Mohd Hairis

Daisypath Happy Birthday tickers

“In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on.”



Memories


Thank you Holland for giving me so many precious memories in my life. I won't ever forget all the memories. I will keep it safe in my heart.

5 Nov 2009 - 5 Nov 2014

“The scariest thing about distance is that you don’t know whether they’ll miss you or forget you.”


Daisypath Vacation tickers


Contact Me

: AmAnina Azizan
: @amaninaazizan
: @amaninaazizan

A warmful thanks

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Re-Edit: Amanina Azizan
Others:   


Bintang AF Berbicara tentang pengetua AF9



KUALA LUMPUR, 28 FEB 2011: Pelbagai respon telah diberikan masyarakat apabila wujudnya desas-desus yang mengatakan bahawa penggiat seni dari seberang, Ahmad Dhani bakal menjadi pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9). Ada yang bersetuju dan ada yang langsung tidak menyokong dengan keputusan berkenaan.
Bagaimanapun, hingga saat ini, masih belum ada kata putus lagi terhadap siapa yang bakal menduduki kerusi panas sebagai pengetua AF9 dan masih belum ada pengumuman rasmi dibuat untuk mengesahkan apa-apa yang berkaitan dengan hal tersebut.
Begitupun, murai.com.my sempat mendapatkan komen dari beberapa bintang AF seperti Stacy, Akim, Hafiz, Adira dan Noni tentang hal ini. Adakah pandangan mereka sama sebagaimana yang diberikan pihak media tempatan?
Jom ikuti temubual eksklusif murai.com.my bersama mereka yang turut sama memeriahkan uji bakat AF9 yang diadakan di Hotel Promenade, Sabah pada penghujung Januari lalu.

Hafiz (Juara AF7)

"Saya rasa lebih baik ambil warga Malaysia sebagai pengetua AF9. Terutama sekali yang betul-betul profesional dalam bidang muzik. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya menyokong industri tempatan. Pihak berkenaan perlulah membuat keputusan yang logik dan profesional.

"Apapun, tindakan setengah pihak yang dikatakan mahu memboikot AF9 gara-gara perkara sebegini sepatutnya dihentikan. Sekiranya AF9 ditakdirkan mengambil orang luar sebagai pengetua, tak salah kita menerimanya dengan hati terbuka. Lebih-lebih lagi, kalau orang itu benar-benar berpengalaman.
"Saya sendiri berharap bukan orang luar jadi pengetua AF9. Saya sendiri melihat ramai lagi penggiat seni tempatan yang layak menyandang jawatan ini. Sebagai contoh Amy Search, Awie, Ziana Zain dan Dato Sharifah Aini. Mereka ini semua sudah lama berada dalam industri. Jadi tidak mustahil, dia orang boleh pegang kerusi pengetua."
Adira (Naib Johan AF8)

"Saya tak kisah siapa jadi pengetua AF9. Kalau orang luar pun okay juga. Mungkin ia boleh memberikan impak yang berlainan. Mungkin orang luar boleh memberikan idea baru untuk bakat tempatan.

"Apapun, saya tak nafikan calon pengetua yang ada sebelum ini sudah cukup bagus menyandang gelaran ini. Tak salah bagi peluang kepada orang baru berbanding mengambil orang yang dah pernah pegang jawatan ini."
Noni (Bintang AF5)

"Ikhlas dari hati Noni, Noni memang tak setuju langsung kalau orang luar mengambil jawatan itu. Kenapa nak berikan jawatan pengetua kepada orang bukan Malaysia sedangkan kita masih ramai lagi penggiat seni yang layak menjadi pengetua AF9.

"Noni bukan kata orang luar tak bagus. Tetapi Noni sendiri banyak membaca artikel tentang isu pengetua ini. Kenapa kita tak pegang pada kata-kata Malaysia Boleh yang sering dijadikan semangat buat masyarakat."
Akim (Tempat Ketiga AF7)

"Saya tak naklah kata pemilihan orang luar sebagai pengetua AF9 100% tidak bagus. Saya rasa ada baiknya masih mengekalkan orang tempatan. Macam Dato Siti dan Amy, dia orang boleh diberikan mandat untuk menyandang gelaran pengetua.

"Kalau orang luar pula, mungkin ia boleh dijadikan sebagai jambatan untuk artis tempatan untuk kembangkan lagi bakat tempatan ke luar negara. Apapun, setiap pemilihan ada baiknya dan ada buruknya."
Stacy (Johan AF6)
"Sukar untuk saya berikan komen tentang isu ini. Namun, saya setuju dengan Akim. Benda ini ada baik dan buruknya. Kalau boleh kita utamakan orang tempatan berbanding orang luar. Saya rasa ramai lagi artis kita layak seperti Dato Siti dan Dato Sharifah Aini. Apapun, semua ini bergantung kepada penganjuran AF kali ini."