Like A Dream
Princess Dimples♥

Diary Biodata

Every heart has a pain. Only the way of expressing it's different.

Mood : In love with Muhammad Ezzat Ezman bin Mohd Hairis

Daisypath Happy Birthday tickers

“In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on.”



Memories


Thank you Holland for giving me so many precious memories in my life. I won't ever forget all the memories. I will keep it safe in my heart.

5 Nov 2009 - 5 Nov 2014

“The scariest thing about distance is that you don’t know whether they’ll miss you or forget you.”


Daisypath Vacation tickers


Contact Me

: AmAnina Azizan
: @amaninaazizan
: @amaninaazizan

A warmful thanks

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Re-Edit: Amanina Azizan
Others:   


Konsert Cornetto Di Jusco Setiawangsa

Wall’s Cornetto Menggegarkan Kuala Lumpur dengan penuh Gaya!
Rakan, insan dan kaum keluarga yang berkongsi minat dalam muzik dan ais krim telah diberi satu petang yang sangat istimewa, iaitu acara yang dipenuhi kasih sayang dan persahabatan – Konsert Lafazkannya dengan stail Cornetto hari ini. Tujuh daripada peminat selebriti Wall’s Cornetto dan bintang terkemuka Malaysia telah menyampaikan lagu kegemaran mereka buat para peminat mereka.
Konsert Lafazkannya dengan stail Cornetto, yang dibuka kepada orang awam adalah acara kemuncak kepada kempen ‘Lafazkannya dengan stail Cornetto’ selama 4 bulan oleh Wall’s Cornetto yang bertujuan memperkasakan orang ramai untuk mengekspresikan perasaan mereka dengan penuh gaya.
Konsert Cornetto
“Sebagai jenama yang sinonim dengan cinta dan persahabatan, Wall’s Cornetto sentiasa menerajui arena menghubungkan orang, mewujudkan peluang-peluang baru dan merapatkan hubungan sesama insan. Tiada cara yang lebih baik untuk melaksanakannya daripada menganjurkan konsert yang dibarisi bintang-bintang di mana kasih sayang dan persahabatan adalah ikatan bersama pada malam tersebut.” kata Chan Meng Yang, Pengurus Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.
Duta cinta Wall’s Cornetto dan peminat terbesarnya, bintang baru Akim dan Stacy memberikan persembahan yang hebat apabila mereka membuka tirai dengan lagu tema kempen ini, berjudul Jahatnya Cinta. Gabungan lagu Akim, Inilah Cinta dan Stacy, Jahat, lagu tersebut membuatkan para pengunjung berdansa sambil menyanyi bersama – ia adalah acara permulaan yang terbaik untuk konsert itu sebelum pelbagai persembahan lain menyerikan pentas.
Berinteraksi dengan penuh bersemangat dengan para pengunjung konsert, Akim dan Stacy menyatakan, “Ini adalah duet pertama kami dan kami gembira bahawa anda juga menggemari lagu ini seperti kami. Kami berharap ini akan menggalakkan semua orang di sini untuk mengekspresikan perasaan mereka secara unik, sama ada melalui muzik atau sesuatu yang mudah seperti ais krim, kerana anda tidak tahu peluang-peluang menarik yang menanti di masa akan datang jika anda tidak mencuba sesuatu!”
Dianjurkan di Jusco Setiawangsa, konsert ini menawarkan bakat terbaik Malaysia dari muzik pop hingga ke R&B dan ‘rock’, mengumpulkan orang daripada pelbagai latar belakang usia yang berhubung melalui bahasa universal iaitu muzik. Peminat selebriti Wall’s Cornetto lain yang turut ke pentas termasuk Tomok, Awi Rafael, Tilu, Sofazr dan Black, yang membuat para pengunjung tidak berhenti berdansa mengikut irama yang dipersembahkan.
Dikenali sebagai penghibur yang bertenaga dan lincah di pentas, Stacy memenuhi jangkaan para peminat beliau apabila beliau berjaya membuat mereka berdansa mengikut lagu hit beliau, “Jahat” dan membuktikan bakat unik beliau sebagai sensasi nyanyian Malaysia apabila beliau mendendangkan balada hit pertama, “Kasanova”. Puteri pop ini kemudiannya ditemani Awi Rafael yang terus memukau para pengunjung apabila beliau menyampaikan hit debut beliau, “Pulanglah”.
Ramai pengunjung kedengaran menyanyi bersama apabila kumpulan Tilu mengambil alih pentas dengan lagu-lagu mereka yang berunsurkan ‘funk’, jazz pop dan ‘experimental’, termasuk lagu kegemaran ramai seperti “Ku Bukan Aku”. Peminat rock moden juga tidak ketinggalan sepanjang konsert apabila kumpulan pop rock, Sofazr menyertai barisan artis dan membuat semua peminat semakin bersemangat dengan lagu-lagu terkini mereka.
Keraian kasih sayang dan persahabatan melalui muzik ini telah diakhiri oleh pemenang anugerah terkemuka, Black yang menghiburkan para pengunjung dengan lagu “Leya” dan “Sofea Jane”, yang membuat para pengunjung meminta lagi.
“Konsert ini adalah saluran untuk individu berkumpul, berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan membina peluang-peluang baru. Kami dapat menyaksikan bagaimana matlamat itu direalisasikan malam ini, dan kami berharap para pengunjung juga terhibur seperti kami,” tambah Chan.
Berikutan festival muzik unggul di Kuala Lumpur, peminat ais krim Wall’s Cornetto juga akan dapat menyaksikan Tomok, Shahir, Awi Rafael, Sofazr, Azlan & The Typewriter, Stacy, Akim dan penyampai HotFM di Plaza Angsana Mall, Johor Bahru dari 2ptg hingga 6ptg pada hari Sabtu, 18 Jun 2011.
Para peminat yang ingin menonton semula Konsert Lafazkannya dengan stail Cornetto boleh melayari www.facebook.com/iluvcornetto untuk melihat penghibur kegemaran mereka dan adegan-adegan yang berlaku disebalik tirai melalui video-video khas di sebalik pentas.
Konsert Cornetto
Konsert Cornetto

Credit to : Budiey.com