Like A Dream
Princess Dimples♥

Diary Biodata

Every heart has a pain. Only the way of expressing it's different.

Mood : In love with Muhammad Ezzat Ezman bin Mohd Hairis

Daisypath Happy Birthday tickers

“In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on.”



Memories


Thank you Holland for giving me so many precious memories in my life. I won't ever forget all the memories. I will keep it safe in my heart.

5 Nov 2009 - 5 Nov 2014

“The scariest thing about distance is that you don’t know whether they’ll miss you or forget you.”


Daisypath Vacation tickers


Contact Me

: AmAnina Azizan
: @amaninaazizan
: @amaninaazizan

A warmful thanks

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Re-Edit: Amanina Azizan
Others:   


Warna Warni Konsert Sulung Cornetto

Warna Warni Konsert Sulung Wall`s Cornetto



Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Photography



17 JUN 2011: Sebagaimana enaknya kemanisan variasi aiskrim Wall`s Cornetto, begitu jugalah manisnya pengalaman sepetang bersama barisan penyanyi popular yang menjayakan konsert pertama Konsert Lafazkannya Dengan Stail Cornetto di ibu negara, pada hujung Sabtu minggu lalu.
Pengunjung pusat beli-belah Jusco Setiawangsa bagaikan tidak sabar menanti munculnya penyanyi kesayangan mereka terutama pasangan duta Wall`s Cornetto iaitu Stacy dan Akim yang sedang hangat menyemai rasa cinta bersama.
Kemunculan dua bintang Akademi Fantasia (AF) itu sebagai pembuka tirai acara berjaya menghangatkan suasana petang konsert yang diadakan secara terbuka di tempat letak kereta pusat beli-belah berkenaan.
Mereka melontaran vokal bertenaga dan gerak tari seiringan bersama lagu Jahatnya Cinta iaitu sebuah lagu gabungan daripada lagu asal Akim bertajuk Inilah Cinta dan Jahat dendangan asal Stacy.
Meskipun hari semakin mendung, tapi itu tidak bermakna peminat perlu meninggalkan tapak konsert, apatah lagi Stacy sudah bersedia untuk pertama kalinya memperkenalkan lagu balada terbarunya Kisah Dongeng.
Juara AF6 itu, terus menghiburkan penonton dengan tarian lincahnya bersama-sama iringan lagu Jahat dan Kasanova, sekali gus membuatkan penonton menari bersama sambil menikmati keenakan citarasa aiskrim Wall`s Cornetto yang berada di genggaman.
Sebagaimana kata Pengurus Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, jenama aiskrimnya sentiasa menerajui arena menghubungkan orang ramai, mewujudkan peluang baru dan merapatkan hubungan semasa insan.
"Tiada cara yang lebuh baik untuk melaksanakannya daripada menganjurkan konsert yang dibarisi bintang-bintang popular di mana kasih sayang dan persahabatan adalah ikatan bersama," katanya dalam satu kenyataan.
Ternyata memang benar, nilai persahabatan yang tersemai menerusi konsert ini telah memberi peluang buat penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael untuk membuat persembahan sulungnya di hadapan peminat ibu kota secara terbuka.
Ramai juga yang terkesima kala mendengar lagu hits Awi berjudul Pulanglah, apatah lagi lagu 'easy listening' itu kerap dimainkan di corong radio tempatan termasuklah di radio rasmi konsert berkenaan, Hot FM.
Hujan rintik-rintik bagaimanapun tidak mematahkan semangat Awi untuk terus menghiburkan penonton dengan lagu berbahasa Inggeris berjudul I'm Yours (dendangan asal Jason Mraz), meskipun dia sedar ramai yang mencari peluang untuk berteduh di dalam pusat beli-belah.
Iringan muzik funk jazz dari kumpulan Tilu kendengaran berkumandang dengan penuh bersahaja, apatah lagi kala lagu berhantu mereka Diam-diam dimainkan, maka ketika itu jugalah penonton mula menggoyangkan bahu manakala bibir terkumat-kamit menyanyi seiringan.
Lebih mengujakan apabila Akim kembali menguasai pentas bersama dua lagu popularnya iaitu Janji dan Inilah Cinta.
Sebagai generasi baru dalam industri muzik tempatan, kredibiliti Akim menghiburkan peminat secara live patut di puji. Wajah cute Akim telah berjaya meriuh rendahkan suasana terutama peminat wanita yang seusia dengannya.
Dianjurkan bagi menghargai sokongan tidak berbelah bagi penggemar dunia muzik tempatan, konsert percuma berkenaan telah berjaya menghimpunkan lebih 1,000 penonton yang menawarkan bakat terbaik bermula dari muzik pop ke R&B dan juga rock.
"Konsert ini adalah saluran untuk individu berkumpul, berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan membina peluang baru. Kami dapat menyaksikan bagaimana matlamat itu dapat direalisasikan petang ini dan kami berharap pengunjung akan terhibur," katanya.
Pengunjung turut dihiburkan dengan kemunculan bertenaga Tomok, Sofazr dan juga Black yang membuatkan peminat tidak berhenti berdansa mengikut irama yang dipersembahkan sehingga petang menyingsing tiba.
Konsert Lafazkannya dengan stail Cornetto bakal meneruskan penjelajahannya ke Plaza Angsana Mall, Johor Bahru pada 18 Jun 2011 depan yang akan membuka tirai persembahan bermula jam 2 petang.
Ingin menonton semula konsert ini? Layari www.facebook.com/iluvcornetto untuk melihat penghibur kegemaran beraksi dan menyaksikan adegan belakang tabir sepanjang berlangsunnya konsert berkenaan.