Like A Dream
Princess Dimples♥

Diary Biodata

Every heart has a pain. Only the way of expressing it's different.

Mood : In love with Muhammad Ezzat Ezman bin Mohd Hairis

Daisypath Happy Birthday tickers

“In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on.”



Memories


Thank you Holland for giving me so many precious memories in my life. I won't ever forget all the memories. I will keep it safe in my heart.

5 Nov 2009 - 5 Nov 2014

“The scariest thing about distance is that you don’t know whether they’ll miss you or forget you.”


Daisypath Vacation tickers


Contact Me

: AmAnina Azizan
: @amaninaazizan
: @amaninaazizan

A warmful thanks

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Re-Edit: Amanina Azizan
Others:   


Cinta jarak jauh- Long distance love

Assalamualaikum. Haiii. Semalam dh buat post hari ini buat lagi. Sementara tengah ada masa ni baik saya buat. Sekejap lagi nak practise untu speech esok. Again wish me luck . Bestnya kalau yang special one wish me luck. Haha. Berangan jap.

Ok ok back to the topic. Hari ini nak cerita pasal cinta jarak jauh. Saya nak bagi tips tips untuk kekalkan relationship korang eventho korang jauh dari each other.

Apa yang saya akan huraikan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Yer la saya sendiri sedang lalui cinta jarak jauh.Pada mulanya saya tak yakin yang kami bersama dgn jangka masa yang lama..tapi Alhamdulillah kami still bersama till now. Ok tak nak bebel panjang2 mari kita mula.

Semua orang tahu cinta jarak jauh itu apa. Tak perlu la saya explain kan.. Yang penting jarak jauh bukan la penghalang kita untuk bercinta.


Bila dah berjauhan ni.. Mesti sedih yer la kita takut dia ada yang lain atau hati dia akan beralih ke org lain.... sebab tu bila kita berjauhan kita kena : 

1. Percaya each other 


ni sangat penting. Kita perlu percaya antara satu sama lain.. kalau tak mcm     mana nak kekalkan relationship korang tu. Satu lagi percaya pada kesetian masing2. Kalau nak ragu2 sikit boleh..tapi tak boleh ragu-ragu sangat sbb nanti pasangan kita akan rasa fedup sebab kita seolah tak percaya pada kesetiaan dia. 

2. Make an effort


Ok bila dh jauh ni kita tk thu apa khabar pasangan kita yang jauh disana.. kita hanya tahu dia busy atau kita yang busy.. seeloknya cari la masa untuk bagitahu dia tentang kita. Even sikit but at least kita menunjukkan yang kita tak lupa dia. 
Busy mana pon kita.. kalau kita sayang sgt kt someone tu kita tetap akan cari masa untuk luangkan masa dkt dia. 

3. Pahami situasi each other

Fahami kerjaya masing-masing. Kita tk boleh nak harap dia akan ada sepanjang masa untuk kita. Tk perlu nak tweet/IM/sms/wechat/whatsapp/call/dll each other tiap tiap hari, seminggu sekali pun dh cukup. Kita perlu tahu yang selain kita, dia pon ada benda lain jgk nk buat.. kita kena paham dia dan sokong apa jua yang dia buat. Cuma kalau benda tk betul tu..tegur la. 

4. Bertolak ansur

Bila dh ragu-ragu.. mesti ada jeles .. bila jeles mesti pendam..bila pendam sakit hati.. lps tu sampai satu masa..kita akan gaduh.. Marah mcm mana pon kita, jgn la marah over over sampai maki hamun. Bagi perempuan, kita kena jadi air.. bila dia marah... jangan kita jadi api.. jadi la air.. kalau dua2 api.. dari sayang akan jadi benci. Bagi lelaki kalau marah tu berpada pada la.. klu boleh cakap elok2. jgn maki hamun. Jaga kata-kata, jangan sampai boleh lukakan hati perempuan.

5. Rindu

Saya tahu bila dh berjauhan.. kita akan rasa rindu lebih sikit.. erm.bukan sikit tapi banyak. Saya tahu camna rasa sakitnya bila rindu kita tk berbalas. Tapi kalau dia busy, awak kena paham dia. Rindu itu biasa. Sampaikan la rindu awak itu melalui doa. Buat mcm ni.. 


Ini je kot. Kalau ada tu.. ia bergantung pada pasangan masing-masing. Apa yang saya boleh cakap.. banyakkan la bersabar. Walau jauh mana dia sekali pon, jika dia jodoh kita.. Kita akan tetap bersamanya tak kira apa jua yang berlaku. 
p/s : Bila buat entri ini.. Rasa makin rindu pada yang tersayang. Awak tunggu saya ya.. Kita akan jumpa balik bulan 11 ini. Setelah 2 tahun kita berjauhan. 

Kenapa mesti ada rindu?

Hai Assalamualaikum. Lately mood nak buat post baru dkt blog makin menjadi jadi. Tapi tk ada masa sebabnya busy dgn study. Cewah ayat mcm bdk U je. So what? Mmg busy pon. Minggu ni penuh dgn test, ada speech lps tu nk kena siapkn dua folio and minggu depan pon test jgk. And then lagi 2 minggu final exam. And nak nak ni last result. Kena buat betul-betul. Wish me luck k? :)


Ok back to the topic.. KENAPA MESTI ADA RINDU?

Saya pun tidak tahu.. Rindu? Apa itu?
Rindu itu ialah CINTA YANG BERLEBIHAN, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan hati. Rindu bukanlah sesuatu hal yang tercela dan keji, akan tetapi perlulah disertai dengan menjaga diri, kesucian dan kerendahan hati. seseorang yang ketika dia rindu, tetapi dia menjaga dirinya dengan tidak melakukan hal-hal yang haram menurut Islam, itu adalah dibolehkan. Dan seandainya rindu itu juga disembunyikan dari orang-orang, maka, pahalalah yang akan diperolehi. Menurut Ath-Thohawi di dalam kitab Haasyia'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi mengatakan bahawa dari GOLONGAN SYUHADA di akhirat adalah orang- orang yang MATI DALAM KERINDUAN dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang- orang mestipun rindu itu hadir dari perkara yang haram.
Seseorang yang merindui seseorang sehingga dia mati dan disembunyikan rasa itu dari orang lain, maka dia akan mendapat pahala syahid di akhirat kerana ianya menunjukkan bahawa dirinya memiliki sifat sabar. Dia memendam rasa rindu dan menyimpannya sendirian kerana dirinya menjaga kehormatan diri, mengikat hatinya, jiwanya, tubuh badannya dari dikuasai oleh rasa rindu. - Sumber dari blog Aida Nasirah 

Bila saya tanya diri saya balik.. pada siapakah yang saya rasa rindu sangat? Hati terdiam. Mulut bisu. Otak blur. Tiada jawapan yang hadir .. Kenapa? Tapi saya betul-betul merindui. Siapa? Itu persoalannya.

Terlalu ramai yang muncul diminda. Tidak perlu la saya senaraikan nama nama itu.. biarlah hanya saya yang tahu dan rasa rindu ini.

Rindu. Satu perasaan yang sangat manis tapi dalam masa yang sama ia perit untuk merasa.. Perit sgt. Kenapa ia perit sedangkan saya cakap ia perasaan yang manis? Hmmmm. Ia perit bila kita RINDU dan rindu tidak berbalas.

Kenapa saya tak nak bagitau orang orang yang saya rindu mereka. Saya ngaku saya EGO dan saya tak mahu nak luahkan rasa rindu itu. Kenapa? Sebab saya tahu.. RINDU SAYA TAK AKAN TERBALAS. :')


Jujur saya cakap.. hari hari saya mmg rasa rindu itu.. tapi kali ini.. ia lain dan sangat lain. Setiap hari.. makin bertambah rasa perit itu? Mengapa? Saya sendiri tak tahu. Yang saya tahu saya tak sanggup lagi nak rasa rindu tu.

Saya cuma nak kan semuanya kembali seperti dulu. Saya RINDU semuanya. Apa yang semua? Hmmm. Semua yang bermula dari January 2012. Ya, saya tahu kita tak boleh nak harap yang semuanya akan jadi yang sama dan kita juga tak boleh harap yang benda tu semua tak akan pernah berubah.

Times flies.. people changed.. situation changed..
Kita tak pernah boleh buat apa apa untuk perubahan itu. Kita hanya boleh menerima dengan hati terbuka. Tabah dan redha. Ini takdir yang Allah dah rancang untuk kita. Kalau kita tak boleh terima ia seolah menunjukkan yang kita nak lawan takdir.. dan lari dari takdir.

Ok la.. mmg senang la ckp yang kita kena terima dengan hati terbuka.. tapi nak buatnya? Ia sangat susah.

Pada saya.. untuk menerima perubahan seseorang itu cukup susah.. ia makan masa yang lama untuk terima. Kenapa? Tidak mungkin saya boleh jelaskan kenapa kerna ini soal hati dan perasaan. Ia bergantung kepada jiwa saya...

Sekarang ni saya rindu.. rindu sangat. Masa berlalu dan berlalu.. dan saya takut.. takut sangat. Kenapa saya takut? Saya takut semua benda akan berubah sebelum saya jejakkan kaki di Malaysia. Ya Allah....

Sekarang ni saya dah rasa jauh.. Rasa jauh sgt dari semua orang...Saya rasa saya akan kehilangan semuanya.. Sekali lagi.. Kenapa saya rasa macam tu? I have no idea.

Kadang-kadang saya sendiri tak apa dgn apa yang saya rasa. Hanya mampu berdoa dan mintak petunjuk dari yang Maha Esa. Itu yang terbaik.

Rindu dan rindu dan berterusan rindu.
Saya..rindu..segalanya.. Saya tak minta keadaan balik seperti dulu.. tapi saya mahukan MEREKA MEREKA yang dulu.. Kenapa mesti ada perpisahan? kenapa? Ya Allah.. Kadang kadang tak kuat nak hadapinya..

Sekarang ni hanya mampu bersabar and menunggu detik kepulangan ke tanah air.. Harap-harap tiada apa apa yang akan berlaku. Dan saya yakin bila saya dh balik.. Saya akan dapat rasa balik kebahagian saya yang dulu... insyaAllah. Amin.




My peterpan

Assalamualaikum. Hey reader and stalker. It's 16 June 2013.  It's a special day for me and my peterpan. Oh waiiiiiiiittt. Who is my peterpan? And apa yang special sgt? Haha. Ok sabar sabar. Jgn excited sgt. Hehe. Mari saya ceritakan segalanya. Ehhh. Haha.

Alamak rasa mcm malas la nak cerita balik. Apa kata korang baca balik old post saya yang ni. > Fly to the past  <

Sungguh cepat masa berlalu. Percaya atau tidak dah genab setahun saya kenal Abg Ewan a.k.a my peterpan. Saya pada mulanya tak percaya, tapi bila tgk balik calendar tgk balik our first tweet together. pergh.. baru nak caya. Ya Allah tak sangka sungguh.

Dalam masa setahun ni.. we've been through so many sweet moment together with AROSE. Eh sour moment tak ada ke? Ofcourse la tetap ada sour moment tu, tapi itu normal. Kalau ade sweet moment mesti la ada sour moment sekali kan? :)

Abang Ewan,
Selama setahun kita kenal ni, you learned me so many important things. Abg Ewan bnyk nasihatkan saya.
Abg Ewan selalu membebel dkt saya klu saya tk buat kerja or selalu sgt online saya lupakn psl study. Tapi saya tk kesah semua tu sbb saya tahu abg Ewan buat camtu sbb nak tgk saya berjaya. (Ehh mcm perasan pulak aku ni)
Klu abg Ewan perli saya.. saya tahu ada maksud tersirat dkt ayat abg Ewan tu.

Abang Ewan thanks for being a good brother for me. You're a good brother.. and how about me? Am I a good lil sis for you too ? I hope so. I know i cant be the perfect one but i try to be the best lil sis that you ever have.

We've done so many things together cuma satu je.. Kita belum jumpa. We're too far from each other. Tak apa. Tinkerbell abg kan dh nak balik hujung tahun ni. Abg tunggu for me ya. Nanti kita meet sama sama dgn AROSE sekali. Ohmyy i can't wait for our picture and group photo of AROSE. <3 nbsp="" p="">
Amani igt lagi.. masa mula kita skype abg Ewan nyanyi lagu Untuk dia. Honestly.. Amani tak suka lagu tu. Seriousss. sgt tk suka. Dulu hans letak lagu tu dkt blog dia kan. Amani selalu tutup. Hahah Tak best ah lagu tu. Tapi lepas dgr Abg Ewan nyanyi. Amani TERsuka pulak dkt lagu tu. Hahahaha. nampak tak aura abg ewan tu kuat sgt ? Hahahah.

Abg Ewan igt tak lagi kita selalu imaginasi sama sama depan skype? Igt tak? Mesti la igt kan. Abg Ewan always takut klu amani imaginasi. katanya imaginasi amani ni AMERICAN punya style. Hahahah

Igt lagi tk Ramadan tahun lps Abg Ewan? Abg Ewan la yg selalu teman Amani tunggu waktu berbuka puasa. Igt tk time tu Abg Ewan selalu beli choclate sbb mlm tu nk skype dgn Amani and kita mkn choc sama2 dpn skype. Alahaii. Rindu sgt Abg Ewan. Rindu sgt time tu.

Raya 2012. Abg Ewan igt lagi tk abg ewan mogok sbb tk nk balik kampung abg Ewan? Katanya nanti tk boleh jumpe your beloved cousin. And igt lg tk masa abg ewan nak balik kg tu.. kita skype tgh jalan? Awwwwwww. :')

Abg Ewan igt tk masa kita ada group dkt Whatsapp together with AROSE? Amani rindu sgt sgt yg tu. Hmmmm..

Igt lagi masa Abg Ewan kasi Amani suprise raya? Hahahah. Honestly terkejut sgt . Tk pernah terpikir sampai cmtu sekali.

Ofcourse bnyk lagi sweet sour moment kita together. Tpi biarlah kita je yg tahu. Tak perlu la stalker stalker dalam blog saya ni tahu . Tk gitu abg Ewan ? Haha.



So my Peterpan..
Happy 1st Anniversary together.  Thanks for being a good brother for me. Thanks jgk sbb selalu jaga Amani, caring about me and always be a good kaunselor for me. I know Abg pon ada kelemahan jgk. And kelemahan abg tu.. Amani tk pernah nk amik kesah sgt. Sbb nobody is perfect. Amani harap tk ada benda yang akan pisahkan kita.

Gedik tak kami? Hahahah. Lantak la yang penting COMEL ! Hahaha











Perpisahan akan datang

3rd June 2013. Hello June. Ehh Dh 3rd June dh.. Hmm Cptnya masa berlalu..
Kalau tahun lepas aku dengan Clara happy sgt sbb dh sampai bulan June. Yer la .. Clara mmg tunggu sgt bulan June ni sbb bulan June adalah birthday AAB. Tahun ni? Birthday AAB pon Clara lupa. *sigh*

Last year.. Everything was perfect.. Kalau nak imbas balik kenangan saya dengan Clara mengenai Max 24:7 .. Perghhh.. Mmg tk tersenarai.. Too much sweet memories..

But then.. bila summer holiday.. Clara balik Brazil... Everything changed.. *sigh*
Semua dh tk mcm dulu.. Keadaan jadi makin lain... lain sangat..

Tak apa la.. Ada hikmahnya disebalik semua ni. Saya tk bole nak pertikaikan takdir yang Allah dah tetapkan untuk saya.. Saya redha dan terima dgn hati yang terbuka..

Rindu? Itu normal. Setiap orang akan merindui sesuatu yang telah berlaku..

Tahun ni.. me and Clara tk excited pon nk msk bulan June.. lagi makin sedih lagi ada.. Sebabnya? Sbb tarikh kepulangan saya ke Malaysia makin dekat...

Sesungguhnya saya tk bersedia lagi untuk tinggalkan semua kenalan saya di Holland. Terutama sekali.. CLARA dan RAQUEL. Mereka lah yg ada dgn saya dari awal saya di Holland dan sampai skrg...



Saya ada banyak kenangan pahit dan manis bersama mereka.. Tak mungkin saya akan dapat tinggalkan mereka dgn begitu saja... 

Bukan senang nak hadapi ni semua.. Kalau dulu..saat saya buat pertama kali ke Holland.. Saya tk sedih.. SIKIT pon tak sedih nak tinggalkan Malaysia.. Sbb masa tu saya tk kenal lagi erti PERPISAHAN yang sebenar...

But then.. bila dah semakin besar dan semakin matang.. Saya dapat pahamii dan rasai detik perpisahan yang sebenar.. Semakin terasa yang detik perpisahan saya dengan mereka semakin hampir..
Saya perlu tinggalkan mereka .. buat jangka masa yang lama.. atau mungkin tinggal selamanya? Saya tk thu bila lagi saya akan jumpa mereka.. 
Sesungguhnya.. perpisahan ini sangat memeritkan.. 

Disebalik kesedihan ini.. Saya tetap gembira.. gembira sbb saya akhirnya akan pulang balik ke tempat asal saya... MALAYSIA.. 
YaAllah tak sabarnya nak jumpa semua orang.. 
Dear Amani,
Hargailah setiap saat yang kau ada bersama mereka.. Kerana 5 bulan itu bukan jangka masa yang lama. Jangan kau bazirkan masa 5 bulan ini dengan tangisan air mata yang tk mungkin akan cipta satu kenangan manis bersama mereka.