Like A Dream
Princess Dimples♥

Diary Biodata

Every heart has a pain. Only the way of expressing it's different.

Mood : In love with Muhammad Ezzat Ezman bin Mohd Hairis

Daisypath Happy Birthday tickers

“In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on.”



Memories


Thank you Holland for giving me so many precious memories in my life. I won't ever forget all the memories. I will keep it safe in my heart.

5 Nov 2009 - 5 Nov 2014

“The scariest thing about distance is that you don’t know whether they’ll miss you or forget you.”


Daisypath Vacation tickers


Contact Me

: AmAnina Azizan
: @amaninaazizan
: @amaninaazizan

A warmful thanks

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Re-Edit: Amanina Azizan
Others:   


Kenapa mesti ada rindu?

Hai Assalamualaikum. Lately mood nak buat post baru dkt blog makin menjadi jadi. Tapi tk ada masa sebabnya busy dgn study. Cewah ayat mcm bdk U je. So what? Mmg busy pon. Minggu ni penuh dgn test, ada speech lps tu nk kena siapkn dua folio and minggu depan pon test jgk. And then lagi 2 minggu final exam. And nak nak ni last result. Kena buat betul-betul. Wish me luck k? :)


Ok back to the topic.. KENAPA MESTI ADA RINDU?

Saya pun tidak tahu.. Rindu? Apa itu?
Rindu itu ialah CINTA YANG BERLEBIHAN, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan hati. Rindu bukanlah sesuatu hal yang tercela dan keji, akan tetapi perlulah disertai dengan menjaga diri, kesucian dan kerendahan hati. seseorang yang ketika dia rindu, tetapi dia menjaga dirinya dengan tidak melakukan hal-hal yang haram menurut Islam, itu adalah dibolehkan. Dan seandainya rindu itu juga disembunyikan dari orang-orang, maka, pahalalah yang akan diperolehi. Menurut Ath-Thohawi di dalam kitab Haasyia'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi mengatakan bahawa dari GOLONGAN SYUHADA di akhirat adalah orang- orang yang MATI DALAM KERINDUAN dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang- orang mestipun rindu itu hadir dari perkara yang haram.
Seseorang yang merindui seseorang sehingga dia mati dan disembunyikan rasa itu dari orang lain, maka dia akan mendapat pahala syahid di akhirat kerana ianya menunjukkan bahawa dirinya memiliki sifat sabar. Dia memendam rasa rindu dan menyimpannya sendirian kerana dirinya menjaga kehormatan diri, mengikat hatinya, jiwanya, tubuh badannya dari dikuasai oleh rasa rindu. - Sumber dari blog Aida Nasirah 

Bila saya tanya diri saya balik.. pada siapakah yang saya rasa rindu sangat? Hati terdiam. Mulut bisu. Otak blur. Tiada jawapan yang hadir .. Kenapa? Tapi saya betul-betul merindui. Siapa? Itu persoalannya.

Terlalu ramai yang muncul diminda. Tidak perlu la saya senaraikan nama nama itu.. biarlah hanya saya yang tahu dan rasa rindu ini.

Rindu. Satu perasaan yang sangat manis tapi dalam masa yang sama ia perit untuk merasa.. Perit sgt. Kenapa ia perit sedangkan saya cakap ia perasaan yang manis? Hmmmm. Ia perit bila kita RINDU dan rindu tidak berbalas.

Kenapa saya tak nak bagitau orang orang yang saya rindu mereka. Saya ngaku saya EGO dan saya tak mahu nak luahkan rasa rindu itu. Kenapa? Sebab saya tahu.. RINDU SAYA TAK AKAN TERBALAS. :')


Jujur saya cakap.. hari hari saya mmg rasa rindu itu.. tapi kali ini.. ia lain dan sangat lain. Setiap hari.. makin bertambah rasa perit itu? Mengapa? Saya sendiri tak tahu. Yang saya tahu saya tak sanggup lagi nak rasa rindu tu.

Saya cuma nak kan semuanya kembali seperti dulu. Saya RINDU semuanya. Apa yang semua? Hmmm. Semua yang bermula dari January 2012. Ya, saya tahu kita tak boleh nak harap yang semuanya akan jadi yang sama dan kita juga tak boleh harap yang benda tu semua tak akan pernah berubah.

Times flies.. people changed.. situation changed..
Kita tak pernah boleh buat apa apa untuk perubahan itu. Kita hanya boleh menerima dengan hati terbuka. Tabah dan redha. Ini takdir yang Allah dah rancang untuk kita. Kalau kita tak boleh terima ia seolah menunjukkan yang kita nak lawan takdir.. dan lari dari takdir.

Ok la.. mmg senang la ckp yang kita kena terima dengan hati terbuka.. tapi nak buatnya? Ia sangat susah.

Pada saya.. untuk menerima perubahan seseorang itu cukup susah.. ia makan masa yang lama untuk terima. Kenapa? Tidak mungkin saya boleh jelaskan kenapa kerna ini soal hati dan perasaan. Ia bergantung kepada jiwa saya...

Sekarang ni saya rindu.. rindu sangat. Masa berlalu dan berlalu.. dan saya takut.. takut sangat. Kenapa saya takut? Saya takut semua benda akan berubah sebelum saya jejakkan kaki di Malaysia. Ya Allah....

Sekarang ni saya dah rasa jauh.. Rasa jauh sgt dari semua orang...Saya rasa saya akan kehilangan semuanya.. Sekali lagi.. Kenapa saya rasa macam tu? I have no idea.

Kadang-kadang saya sendiri tak apa dgn apa yang saya rasa. Hanya mampu berdoa dan mintak petunjuk dari yang Maha Esa. Itu yang terbaik.

Rindu dan rindu dan berterusan rindu.
Saya..rindu..segalanya.. Saya tak minta keadaan balik seperti dulu.. tapi saya mahukan MEREKA MEREKA yang dulu.. Kenapa mesti ada perpisahan? kenapa? Ya Allah.. Kadang kadang tak kuat nak hadapinya..

Sekarang ni hanya mampu bersabar and menunggu detik kepulangan ke tanah air.. Harap-harap tiada apa apa yang akan berlaku. Dan saya yakin bila saya dh balik.. Saya akan dapat rasa balik kebahagian saya yang dulu... insyaAllah. Amin.